Assalamualaikum.. peace! In this space,I would like to share my story in this space. and maybe there something info I will share with. In shaa Allah .. =) Maafkan saya jikalau penggunaaan kata dalam blog ni tidak sesuai. Saya juga manusia biasa.. by the way, I hope you enjoyed! ok! jyeah!! =)

Rabu, 12 Februari 2014

Pengalaman Lepasan SPM 2013

Assalamualaikum ..
haa gempak kot title post ni hahaha..
kini aku sudah berumur 18 tahun. ya, digelar sebagai lepasan spm . Last paper SPM aku hmm tak silap aku 5.12.2013 . Paper last tu paper Engineering Technology kertas 1 . haa lepas tu baru rasa nikmat freedom hahaha takdelah freedom sangat. Sebelum ni bukan main lagi aku dengan member-2 lain plan nak buat apa lepas spm . and now, tak kesemuanya menjadi. ada yang dah kerja and ada jugak yg lost contact. huhh.. Kawan yang dah kerja part time terutama sekali best friend aku tu susah sikit la nak contact. busy kot. Lagipun kesian pulak kalau aku ganggu.

   Aku jugak sekarang doing part time job. kerja dengan mak cik n pakcik aku buat sementara. dapat upah jugak :) Business sate kecil-kecilan saje.. mak aku pun join sekali :)
Mula-mula tuh penat jugak huh.. btw,aku tabik ah kat makcik and pakcik aku. Mane diaorang dapat kekuatan nak cucuk sate pastu berniaga.. penat kot huhu. tapi yang penting sekali berusaha and mencari rezeki yang halal :) In shaa Allah , dipermudahkan.. Ingat Allah selalu.. In shaa Allah  :)

hmmmm
Cuti ni kalau kita baca buku pun terbaik apa! novel ke baca buku tentang Islam ke baca mengenai sejarah Rasulullah s.a.w. Tak pun baca terjemahan Al-Quran.. In shaa Allah

Ini saja post terkini. Jikalau ada terkasar atau tersalah bahasa, maafkan saya . Jikalau ada tersalah, tegur/ nasihatlah saya :) saya juga manusia biasa..~ =)

Assalamualaikum


Khamis, 23 Januari 2014

Nasyid best

lagu ni best :)
Far East - Khalifah


Abu Bakar As-Siddiq
Umar bin Al-Khattab
Usman Bin Affan
Ali Bin Abi Talib
Khalifah-khalifah dunia Islam

Khalifah pertama Abu Bakar As-Siddiq
Membenar kata nabi sahabat setia
Antara insan pertama memeluk Islam
Disegani pekerti mulia

c/o
Abu Bakar As-Siddiq
Umar bin Al-Khattab
Usman Bin Affan
Ali Bin Abi Talib
Khalifah-khalifah dunia Islam

Khalifah kedua Umar Bin Al-Khattab
Khalifah berani berjiwa mulia
Diberi gelaran Amirul Mukminin
Panglima agung orang mukmin

Khalifah ketiga Usman Bin Affan
Perjanjian Hudaibiyah tanda pengorbanan
Berani dan berbudi taat dan setia
Insan dermawan untuk agama

Khalifah keempat Ali Bin Abi Talib
Sepupu Rasulullah suami Fatimah
Kanak-kanak pertama yang memeluk Islam
Berilmu tinggi gagah dan berani